Thursday 22 December 2011

Selamat Pengantin Baru Nurwasyahlan & Pasangan

Pegawai Tadbir & Diplomatik lantikan 1/2010 bil. 8 telah dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan kami pada 18 Disember yang lepas bertempat di Changkat Lada berhampiran kawasan Lumut,Perak.

Setelah bermesyuwarah maka kata putus telah dipersetujui bagi menetapkan check point pertemuan bagi wakil yg dapat hadir.

Perjalanan dimulakan daripada checkpoint pertama seawal jam 9.15 pagi dari Putrajaya melibatkan kereta saya dan Penghulu semasa bagi lantikan kami, En. Najyasyraf. Destinasi pendek kami adalah untuk bertemu tuan tanah kedaung Sabak Bernam, En. Sulaiman dan Pasangan di Bukit Raja.

Sorry la Leman mmg kitorang lambat.Angan-angan nye nak bertemu kat McD Kapar pada 9.30 pagi tapi agak mustahil nak tepati mase di pagi Ahad..hehe nasib baik pasangan manis beliau ade di sisi kalau tak dah kene sembelih dgn Leman sbb lewat lebih 30minit jugak.







Perjalanan seterusnya diteruskan dgn check point ketiga iaitu RnR Jambatan Sultan Yusuf untuk bertemu dengan Cik Ain dan Cik Zus & Pasangan menjadikan jumlah kereta terlibat dlm konvoi tersebut sebyk 5 buah kereta yg telah diketuai oleh Cik Ain. Cita-cita nak bertemu di menara pisa telok intan tp bagi menjimatkan masa kami bertemu di R&R sahaja.








Long story short,lepas berpusing pusing sekitar kawasan taman perumahan (satu kedai runcit drpd owner sampai la ke customer keluar utk tolong bagi direction) + bersilat dgn steering kereta, maka rombongan kami tiba sekitar jam 1 petang.

Terima kasih kepada hadiah Cik Zus & pasangan maka dapatlah kami makan di meja yang disediakan khas.Berangan lah masing2 jadi vip hari tu ala2 KPPA muda.

I enjoyed the drive (kereta pinjam yg sgt selesa), definitely enjoyed the time spent although we couldnt spend extra time hanging out but a short catched up was enough. Great company + great foods and nothing went wrong through out the trip as well as the event..kepada Lan dan Pasangan, selamat menempuhi kemanisan dan asam garam alam rumah tangga (wah mcm la aku ni dah jadi laki orang)

P/s: kualiti gambar agak sekadar di pinggiran









(Raja sehari menganugerahkan berkat bertemu jodoh di atas singgahsana)







(Geng yang menghadiri majlis)





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...